Friday, February 19, 2010

Bangga Dengan World Records?


Apabila terdapat sahaja seorang warganegara yang berjaya mencipta rekod dunia, maka seluruh dunia akan memuji dan memuja NEGARA yang bertuah itu disebabkan ada dikalangan penduduknya yang cemerlang...betul ke??

Jom kita kupas!

Saya mahu bertanya, adakah anda mengenali penduduk Amerika Syarikat (AS) dek kerana rakyat mereka mencipta rekod dunia? Jawapannya TIDAK! Ya, tidak!

Sebabnya kita mengenali mereka kerana Penguasaan Medianya,Pengaruh Filemnya, dan Jenama Keluarannya yang menjana nama AS ke seluruh dunia. Bukan kerana mendaki Everest, melintasi Antartika dengan berjalan kaki tidak juga memanjat WTC yang dahulunya megah! Bukan bukan!

Kenal orang Perancis? Ya, sangat kenal. Halus kebudayaan,kesenian, dan kesusasteraan yang amat berpengaruh. Filemnya pun menarik. Bukan kerana ada rakyat mereka yang mencipta rekod memanjat KLCC suatu ketika dulu!

Sebenarnya masyarakat umum tidak peduli dengan rekod. Ya,mungkin ada laporan media antarabangsa yang menyebut nama Malaysia sepintas lalu. Tapi,adakah hanya untuk tujuan itu wang yang sebegitu banyak perlu dibelanjakan? Agaknya duit siapa yang digunakan untuk menaja mereka yang kononnya mengharumkan nama negara ini? Duit siapa?


Mengapakah tidak sahaja dirangka program yang bertaraf dunia seperti melahirkan pemenang Anugerah Nobel Kesusasteraan yang sangat berprestij? Atau mengapakah tidak dibelanjakan untuk menghasilkan filem yang menjuarai Festival Filem luar negara? Saya kira Upin Ipin permulaan yang baik. Bukan filem hantu dan khurafat yang tidak berfaedah!

Orang Barat cipta rekod untuk kepuasan peribadi! Mereka guna wang sendiri. Namun,bezanya di sini. Kononnya untuk menaikkan nama negara maka perbelanjaan mestilah ditanggung oleh kerajaan yang menelan jutaan ringgit semestinya dari poket rakyat yang berpenat lelah.

Ayuh sedarlah teman senegaraku. Selama ini dunia mengenali dan mengagumi Malaysia bukan kerana rekod dunia. Negara ini mempunyai keterampilan dan pemikiran tersendiri di persada dunia dan menjadi jurucakap semua isu kemanusiaan sejagat. Obama pun jemput Malaysia bincang hal NUKLEAR. Inilah rekod sebenarnya! Bukan nama yang dicari tapi BAKTI sebagai BUKTI.

p/s: Jangan pula virus ini merebak di universiti perdana ini!

1 Pandangan:

Muhammad Safwan Bin Anang @ Talib said...

Kenapa tidak direkodkan ilmuan-ilmuan Islam yang begitu ramai sebagai Ahli Ilmu Terhebat?