Tuesday, February 23, 2010

Kepemimpinan!



Rasulullah Pemimpin terulung. Memang tidak dinafikan langsung. Bahkan Michael H. Hart meletakkan Baginda di ranking yang pertama dalam bukunya " Seratus Tokoh Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah ".



Saya membaca satu Artikel yang agak menarik. Iaitu  perilaku Nabi SAW merupakan hal keadaan yang jelas menunjukkan ciri dakwah dan kepemimpinan bermula sejak lahir Baginda lagi.

Baginda saat jahiliyah lagi digelar sebagai Al-Amin (yang amanah lagi dipercayai). Bukan datangnya gelaran itu daripada kedua ibu bapanya mahupun daripada kebiasaan masyarakat ketika itu. Saat itu hancur dengan kejahilan ditambah gelapnya keimanan. Agama pernah dibawa Nabi Ibrahim A.S telah dirungkai satu persatu. Sehingga penuh dengan kesyirikan. Mereka pun hingga di gelar Musyrikin Makkah.








Baginda muncul dengan suatu identiti baru. Muncul dengan sifat peribadi yang mulia. Contoh perilaku yang sangat positif. Mendahului kaumnya.  Menyanggahi apa yang berlaku saat kegelapan tika itu. Ia lain daripada biasa. Luar biasa. Saat itu Baginda menjadi tumpuan.

Ia perlukan pengorbanan. Komitmen tahap tertinggi. Konsisten (istiqamah) berpanjangan. Ditambah Kesabaran yang penuh menduga.

Saat ini, daya kepemimpinan Baginda terpancar jelas. Baginda bangkit ke hadapan menjadi contoh, di tengah menjadi pemikir yang komit dan konsis, di belakang menjadi pendokong dan pembakar semangat!

Pesanan inilah buat kita semua. Menuruti jejak langkah Baginda. Selawat dan salam buat Baginda Rasulullah SAW!