Wednesday, March 17, 2010

Kembali Kepada Jiwa Yang Suci


Saya tertarik untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sedang saya cuba untuk menghabiskan bacaan Siri Kitab Syarah Al-Hikam karya asal ibn Athaillah yang diterjemah dan disyarah oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Kitab ini sangat dekat buat mereka yang mendambakan kesucian hati. AllahuAkbar! Allah jualah yang mensucikan hati hamba-hambaNya...

Mahu memetik satu ungkapan yang cukup menyirat makna!
Kata seorang ahli hikmah ;-

 '' Keadaan dunia ini semuanya ajaib, tetapi aku merasa hairan terhadap anak Adam yang boleh tertipu dalam lima perkara ;

Pertama, Aku hairan orang yang mempunyai kelebihan dunia kenapa tidak digunakannya untuk keperluan hidupnya.

Kedua, Aku hairan orang yang pandai berbicara kenapa masih menurutkan hawa nafsu serta mengabaikan peringatan Allah SWT dan lalai dari membaca Al-Quran.


Ketiga, Aku hairan kenapa orang yang sihat kenapa tidak berpuasa setiap bulan tiga hari.

Keempat, Aku hairan orang yang selalu tidur hingga pagi kenapa tidak solat dua rakaat waktu malam untuk mendapat pahala.

Kelima, Aku hairan orang yang berani melanggar perintah Allah SWT, kenapa tidak memikirkan akibatnya."

Al-Faqir ila Allah...muhasabah!

0 Pandangan: