Sunday, October 24, 2010

Jom semua berUsrah!

Kerana kita satu keluarga....
....dan....
USRAH budaya kita....

Tuesday, October 12, 2010

Reformis Mahasiswa!

   Mahasiswa memimpin Malaysia!
 Lawan habis!
 Student Reform!
Bangkitkah Mahasiswa 2010 @ 2011 ????????

Saturday, October 9, 2010

Wacana Rakyat! Mahasiswa bersama...


Di maklumkan , BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT SAAT AKHIR.
Tarikh: 9 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.30 tgh
Tempat : Anjung Rahmat ,
Batu 9 jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur

Topik: Membentuk Sikap & Dimensi Baru Politik Negara.

*sebarang pertanyaan sila hubungi Mawi : 013-3007425 @ Zulhazmi : 019-2656595

Tuesday, October 5, 2010

Calon Galas: PAS akan pilih bukan perokok


PAS akan mengketengahkan calon yang tidak merokok pada pilihan raya kecil DUN Galas akan datang bagi meningkatkan imej Islam parti itu, menurut beberapa laporan akhbar tempatan yang dipetik oleh


PAS, yang merupakan gabungan Pakatan Rakyat berkata, calon yang bakal dipilih bertanding
mempertahankan kerusi dewangan undangan negeri di Kelantan itu mesti mempamerkan
perwatakan Islam yang baik serta tidak merokok.

"Perkara pertama, saya akan tolak perokok. Mereka bukan sahaja membahayakan kesihatan
sendiri tetapi membazirkan wang,” kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
(atas, kiri) yang dipetik oleh akhbar New Sunday Times.

Menteri Besar Kelantan itu juga memberitahu akhbar Berita Minggu, calon yang akan dikemukakan
oleh PAS itu mesti seorang yang warak dan tidak meninggalkan sembahyang serta bukan seorang
kaki judi.

Setakat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya belum menetapkan tarikh bagi pilihan raya kecil itu tetapi PAS
 telah memaklumkan bahawa parti itu akan mempertahankan kerusinya itu.

Tiada fatwa yang jelas berhubung pengharaman merokok tetapi Nik Aziz pernah dilaporkan berkata
sesetengah ulama Islam menganggap perbuatan merokok adalah haram.

PAS pernah pada 2007 berkata parti itu merancang mencalonkan hanya bukan perokok atau
mereka yang merancang meninggalkan tabiat itu pada pilihan raya umum.
Sementara itu, Harakahdaily melaporkan PAS masih dalam proses membuat keputusan memilih
 calon untuk bertanding.

Sehingga petang semalam, mesyuarat ahli jawatankuasa PAS belum memutuskan siapa yang bakal
ditonjolkan.
Perkara itu disahkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang (kiri) selepas mempengerusikan mesyuarat
berkenaan di Gombak semalam.

"...kami belum dapat menetapkan calon yang
 akan bertanding buat masa ini," katanya.

PAS sebelum ini memaklumkan, mereka sudah mempunyai
senarai pendek calon dan dalam proses membuat pilihan
untuk diteliti oleh dewan ulama PAS sebelum diputuskan.

Hadi turut memaklumkan, mesyuarat berkenaan juga
bersetuju melantik ahli parlimen Pengkalan Chepa,
Datuk Ab Halim Ab Rahman sebagai ketua jentera pilihan
raya PAS di Galas.



Mengulas cadangan Umno mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding di Galas,
beliau menganggap ia tindakan yang tidak wajar.

Beliau juga sependapat dengan pandangan Nik Aziz yang mendakwa cadangan
berkenaan adalah cubaan menghina ahli parlimen Gua Musang itu.


Razaleigh menurutnya adalah tokoh besar dalam Umno yang selayaknya menjadi
Perdana Menteri dan bukan pembangkang di negeri Kelantan.