Tuesday, July 5, 2011

Ambiga VS Abu Thalib

Tuntutan Rakyat! Kembalikan ketuanan rakyat!


Nah, jawapan para ilmuan yang berautoriti lagi faqih dalam isu ini!


Bagaimana pula pandangan anda mengenai hadis ini...;


إِنَّهُ لاَ يَدْخُلُ الجَنَّةَ إِلَّا نَفْسٌ مُسْلِمَةٌ، وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الفَاجِرِ

Maksudnya: "Sesungguhnya tidak masuk ke syurga kecuali jiwa yang muslim, dan sesungguhnya ALLAH akan menguatkan agama ini dengan seorang lelaki yang fajir (Ahli Maksiat dan Pendosa)". [Al-Bukhari & Muslim].

Lihat bagaimana Rasulullah s.a.w menegaskan, Syurga hanya boleh dimasuki oleh mereka yang beriman, namun baginda tidak menafikan ada tindakan daripada mereka yang tidak beriman menguntungkan agama ALLAH dan menjadi sebab kuatnya Islam dan Umatnya namun tindakannya ini tidak menjadikannya sebagai Ahli Syurga jika dia seorang kafir.



Namun,masih ada lagi mereka yang berkepentingan tertentu mengaitkan isu tuntutan rakyat ini dengan tohmahan dan fitnah segala macam! Sedangkan kezaliman yang paling besar dalam agama yang terus berleluasa tidak diendah!! Gejala Murtad! Fakta Kes Murtad!


Berkenaan tohmaan ini penulis sarankan untuk adil dalam bab ini. Beberapa penulisan yang boleh dijadikan rujukan antaranya;


Dr.Maza tentang Bersih

Benarkah Ambiga ada kaitan dengan isu Murtad?

Apa pula pandangan Kerajaaan Isu Murtad?


Bukankah sama sahaja statusnya Ambiga dan Abu Thalib(bapa saudara Nabi) ??


Sekadar mencabar minda!!

1 Pandangan:

misnona said...

dua nama ini langsung tak ada kait mengait. kita terlalu emosi. isu murtad dah lama. barang basi. hanya kerana kes jais kita disibukkan semula. lahirlah juara rakyat ezam. nor, zulkifli kulim, dan lokman nor, mereka ni umno, kejujuran atas nama islam jauh sekali. mereka nak jadi juara islam, tapi kosong.umno yang menyebabkan ramai melayu murtad. semak balik sejarah.