Kuala Lumpur , 8 Jun 2011: Front-front utama mahasiswa hari ini menyerahkan Deklarasi Hari Hak Asasi Mahasiswa/i kepada SUHAKAM.
Berikut merupakan isi kandungan deklarasi tersebut.
DEKLARASI HARI HAK ASASI MAHASISWA/I
1. Mansuhkan AUKU
2. Perlaksaan Pilihan Raya Umum yang Bersih dan Adil
3. Mengguling kuasa hegemoni yang zalim, dan merealisasikan pemerintahan sistem parti bersaling ganti
Pada hari 8 Jun 2001, seramai 200 orang mahasiswa berkumpul di Masjid Negara mendesak kerajaan untuk memansuhkan ISA dan menyeru pelepasan tahanan ISA tanpa bersyarat. Pihak polis menggunakan kekerasan untuk menghalang perhimpunan tersebut dan menahankan 7 orang mahasiswa yang terlibat. Akibatnya, 7 orang mahasiswa tersebut telah didakwa ke mahkamah atas kesalahan menyertai perhimpunan haram.
Jadi, 8 Jun telah dikenali sebagai Hari Hak Asasi Mahasiswa kerana ia merupakan hari pengingatan terhadap penindasan mahasiswa di Malaysia. Kita perlu mengingati peristiwa ini dan meneruskan perjuangan supaya mempertahankan hak asasi mahasiswa serta menyedarkan mahasiswa/i tentang kepentingan sistem demokrasi sama ada di dalam kampus atau seluruh negara.
Dengan kewujudan ruangan demokrasi dalam kampus , baru dapat memupukkan fikiran terbuka yang lebih matang di kalang Mahasiswa/i. Kami telah banyak melibatkan diri dalam perhimpunan aman seperti himpunan pembantahan ISA , melalui penglibatan diri dalam aktiviti yang menuntut hak asasi manusia sebegini, kami telah memahami bahawa sistem masyarakat dan dasar kerajaan telah dipergunakan oleh pihak pentadbir untuk menekankan kuasa pembantahan.
Mereka yang terdiri di depan perjuangan adalah daripada pelbagai kaum dan latar belakang, di sinilah kami menyedari bahawa setiap manusia adalah insan saksama.
Pemikiran kami adalah sama, semua orang bersatu untuk nenuntutkan kebenaran.
Universiti jarang mengajar kita supaya berjuang demi kebebasan, kesaksamaan dan demokrasi. Perlu berfikir di luar kotak pendidikan, baru kami dapat memahami makna pendidikan, ini adalah masalah pendidikan Malaysia pada hari ini.
1.0 Mansuhkan AUKU
1.1 Memberi Sokongan Kepada Mangsa AUKU
Perjuangan menuntut Auku dimansuhkan telah berlangsung selama 40 tahun, dan kebelangkan ini penggunaan AUKU untuk menindas mahasiswa telah bergiat semula.
Universiti Malaya betapa kali berlaku pengenaan tindakan displin AUKU pada tahun ini. Antaranya, penindasan terhadap Pro-Mahasiswa yang menang dalam piliharaya kampus. Wakil palajar Tan Tiong Yih dan Mastura Abu Bakar telah dipanggil hadir ke prosiding atas sebab yang mustahak dan seterusnya mereka yang mengadakan sesi persidangan juga dikenakan tindakan AUKU.
Kini, tindakan university bertambah zalim. Jika berbanding dengan dulu, mereka mengenakan tindakan displin adalah sekadar untuk menakutkan mahasiswa lain, namun sekarang mereka tidak akan ragu-ragu untuk meneruskan tindakan mereka yang zalim itu walaupun tekanan luar yang diberikan adalah tinggi. Hal ini dapat dibuktikan dengan pemanggilan semula prosiding kes UKM 4 pada 13 June.
1.2 Mengembalikan Kesatuan Mahasiswa
Universiti kini menghilangkan kuasa auntonomi. Di bawah AUKU, pihak pentadbiran university dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi manakala Majlis Perwakilan Pelajar tidak mempunyai hak membuat keputusan. Tambahan lagi pihak pentadbiran yang menuduk kepada kuasa Barisan Nasional telah mencabuli kepentingan ahli akademik dan hak asasi mahasiswa.
Sebelum AUKU diwartakan, pihak pentabiran dan ahli akademik university adalah bebas daripada campur tangan politik kerana terdapat pemisahan kuasa antara pihak pentabiran, dan ahli akademik yang ketara, manakala hal ehwal mahasiswa diurus sepenuhnya oleh mahasiswa sendiri.Suasana pada masa tersebut adalah bebas dan demokratik, dan mahasiswa telah bersama-sama untuk memperjuangkan hak dan kepetingan peneroka Bandar dan golongan miskin seperti peristiwa Teluk Gong, tanpa mengira bangsa dan agama.
Kami bertegas untuk mengembalikan Kesatuan Mahasiswa, kerana Kesatuan Mahasiswa dapat menyatukan mahasiswa. Suara dan kritikan mahasiswa perlu diperdengarkan oleh kerajaan seperti mana mahasiswa England telah mengadakan bantahan terhadap peningkatan kos yuran dan mahasisa Itali telah membantah terhadap pengurangan subdisi pendidikan pada tahun lepas.
AUKU telah menjadi peralatan untuk kerajaan menyalahgunakuasa.Kerajaan sering mengunakan AUKU untuk menakutkan mahasiswa, yang terbaru sekali adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi telah menghalang mahasiswa daripada menyertai Perhimpunan Bersih 2.0
1.3 Bantahan Polisi Pengkorporatan Universiti
Barisan Nasional mengkorporatkan IPTA dengan melibatkan diri dalam pentadbiran dan pengurusan yang ditetapkan oleh AUKU.
Kini, IPTA mengutamakan prestasi, permintaan dan penawaran pasaran. Secara tidak langsungnya, konsep universiti dan pendidikan kemanusiaan semakin menjauhi daripada mahasiswa/i.
Kini, IPTA mengutamakan prestasi, permintaan dan penawaran pasaran. Secara tidak langsungnya, konsep universiti dan pendidikan kemanusiaan semakin menjauhi daripada mahasiswa/i.
Kita harus mengetahui bahawa penggubal dasar pendidikan adalah golongan bourgeois Barisan Nasional. Oleh itu, kapitalisme mengancam ke dalam sistem pendidikan dan telah menghasilkan golongan yang utilitarianisme. Hal ini juga menyebabkan kita tertumpu kepada kejayaan keseorangan, malah merosotkan keupayaan berfikir bebas, berpandangan cetek dan tidak berprihatin terhadap sistem kemasyaratkan selama ini.
Dalam segi pembelajaran, kursus IPTA yang dapat menyumbangkan kepada ekonomi telah diswastakan. Sebagai contoh, Kuala Lumpur Education Park telah bekerjasama dengan USM untuk membuka Ijazah Tinggi Pengurusan. Sesetengah universiti bekerjasama dengan sektor swasta untuk membuka cawangan kampus dengan “sub-kontrak” kursus kepada IPT tersebut.
Universiti menjalankan pelbagai kajian seperti penciptaan ubat baru yang dapat menyumbang kepada masyarakat, tetapi hasil kajian ini tidak dinikmati oleh orang yang memerlukannya. Hakikatnya, hasil kajian ini dipatenkan oleh syarikat, kemudian dijual kepada pasaran. Oleh itu, syarikat sering memberi bantuan kewangan untuk menggalakkan pembukaan universiti penyelidikan. Secara tidak langsungnya, syarikat telah menentukan corak operasi sesebuah universiti.
Selain mahasiswa/i, staf akademik juga menjadi mangsa dalam perkara ini. Mereka tidak lagi membuat kajian tentang ilmu dan pengetahuan kerana tidak digalakkan. Syarikat tidak menggalakkan kajian yang tidak membawa keuntungan dengan tidak memberi cuti penggal dan kos kajian. Oleh itu, staf akademik mementingkan keputusan pembelajaran dan materialistik lebih daripada kajian yang dapat memanfaatkan. Dalam IPTA, staf akademik menghadapi masalah campur tangan dari segi politik dan birokrasi. Hal ini telah menyebabkan suasana akademik tidak lagi wujud dalam kampus.
Oleh itu, langkah-langkah terhadap pemansuhan AUKU harus dilaksanakan dengan segara untuk memulihkan Kesatuan Mahasiswa dan kuasa autonomi university awam.
2.0 Perlaksaan Pilihan Raya Umum yang Bersih dan Adil
Sistem pilihan raya umum yang bersih dan adil merupakan tuntutan yang amat dipentingkan oleh warganegara kerana ia melibatkan hak pemilihan wakil rakyat.
Penyertaan anak-anak muda dalam pilihan raya umum memainkan peranan yang mustahak dalam pembangunan demokrasi. Kami menyeru rakyat yang berlayak berdaftar menjadi pengundi supaya menjalankan tugas yang diwajibkan bagi masa depan negara. Mereka juga diberikan kebebasan dalam penyertaan apa jua kempen atau kumpulan pemantauan pilihan raya umum. Kita harus menyokongkan kempen yang menyeru ketelusan pilihan raya umum supaya menghapuskan taktik helah seperti rasuah, pengundi hantu. Selain itu situasi Malaysia Timur harus mendapatkan keprihatinan terutamanya golongan bumiputera yang tidak dapat berdaftar sebagai pengundi.
3.0 Mengguling kuasa hegemoni yang zalim, dan merealisasikan pemerintahan sistem parti bersaling ganti
Mengapakah isu-isu ini masih berulang? Ini disebabkan sistem demokrasi Malaysia yang masih belum matang. Dominasi oleh parti politik pemerintah, ketidaktelusan dalam dasar-dasar negara, politik wang, memainkan isu-isu perkauman, monopoli dalam media, serta menggunakan sistem pendidikan untuk mendoktrinkan dan memperbodohkan rakyat.
Matlamat panjang perjuangan rakyat adalah menjurus kepada masyarakat yang bebas dan adil, kini semua gerakan sivil menghadapi suatu halangan besar secara bersama, iaitu kuasa hegemoni oleh Barisan Nasional. Perjuangan yang penting pada kini adalah meruntuhkan kuasa politik Barisan Nasional, supaya melengkapan proses demokrasi.
Jika rakyat masih percaya terhadap bohongan manis BN dan menyokongnya, maka semua ini akan terulang seperti jurang kekayaan, penswastaan perkhidmatan asas, penyelewengan kuasa dan dasar kroni. Jangan biarkan menyesal pada masa depan, kerana berasa lemah dan takut untuk melakukan perubahan.
Pilihanraya umum yang akan datang merupakan peluang perubahan yang sangat penting. Biarkan kami menggulingkan kuasa hegemoni BN bersama-sama, supaya mengubah sistem masyarakat yang teruk. Negara ini telah menunggukan perubahan dengan masa yang terlalu panjang.-Pmium
Front mahasiswa:
PMIUM, SMM , DEMA ,PKPIM , MPMN ,PRO MN , PMIUPM , PRO MAHASISWA UM
0 Pandangan:
Post a Comment