Sunday, January 31, 2010

Kami Menanti Penuh Erti!


Kami seluruh mahasiswa Uni Malaya Kampus Perdana menanti keputusan dari ayahanda Naib Canselor Profesor Datuk Dr Ghauth Jasmon bagi menyerahkan mandat kepimpinan kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa Uni Malaya (MPMUM) bagi sesi 2009/2010.

Kami sentiasa bersama Ayahanda!



Ketumbukan Suara Mahasiswa...

...Sebuah Penantian...

Ayuh, kita bangkit bersama!!!

Perlukah Mahasiswa Bangkit ?


Kami bukan Mahasiswa 3 K.

Kelas , Kolej & Kafe semata-mata....!




Kembalikan hak Demokrasi kampus...
Ini bukannya Kampung Malaya...
...ini Kampus Perdana Malaya...


Mahasiswa akan terus Bangkit!


Kalah Menang dalam Pilihanraya Kampus bukan alasannya..

kerana kami penCINTA KEBENARAN!

Saturday, January 23, 2010

Takziah Atas Kemangkatan Sultan Johor


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi. Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan. Jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Jika direnung kembali di dalam sebuah hadis ada menyebut:

سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله، إمام عادل
"Tujuh golongan yang dapat lindungan Allah s.w.t pada hari dimana tiada lindungan selain dari lindungannya: pemimpin yang adil........"

Marilah kita sama-sama sedekahkan surah al-Fatihah buat kemangkatan Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Semoga roh baginda dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t juga semoga baginda ditempatkan dalam tujuh golongan yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. aamin..

~Al-Fatihah~
sumber:bharian online

Friday, January 22, 2010

Ke Mana Halatuju Mahasiswa Pendidikan?


Setelah biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia yang tercinta "terpaksa" membekukan buat beberapa ketika BIASISWA untuk mahasiswa bakal pendidik ini...

Juga beberapa isu lain berkait mahasiswa pendidikan.

Pelantikan pemegang Sarjana Pendidikan sebagai guru bergantung kekosongan
30/12/2009

PUTRAJAYA 30 Dis. — Pelantikan lulusan Sarjana Muda Pendidikan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai guru bergantung kepada pengkhususan yang dipilih serta kekosongan jawatan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata tidak semua graduan bidang itu dapat diterima kerana terdapat juga lepasan daripada institusi pendidikan guru yang telah diberikan latihan mengikut keperluan semasa.

"Masalah sekarang ialah graduan lepasan pendidikan IPTA melebihi penawaran.

Kita kenalah tengok pengkhususan dan opsyen yang dipilih oleh graduan IPTA itu, mungkin bidang yang dipilih graduan itu sudah mencukupi buat masa ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai rungutan lepasan IPTA dalam bidang pendidikan bahawa mereka sukar mendapat pekerjaan sebagai guru.

Mohd Puad berkata pengadu boleh mengemukakan aduan kepada kementerian yang akan membantu mencari jalan penyelesaian.

Terdahulu beliau merasmikan Hari Kualiti dan menyampaikan Anugerah Kualiti peringkat Kementerian Pelajaran. Pada majlis itu Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran menerima Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Core Jabatan Pelajaran Perak memenangi Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran manakala Anugerah Kualiti Ketua Pengarah Pelajaran dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Alor Star, Kedah.

— BERNAMA

...digantung tak bertali?

Thursday, January 21, 2010

Kalimah Allah sisi pandang Mat Rempit, Mat Bola.


Kalimah Allah sisi pandang Mat Rempit, Mat Bola, Mat Lain-Lain.


“diorang ni tak ambik tahu pun”

“solat pun ntah ke mana”

“berlumba sana sini je yg tau”

Antara respon yg saya dapat bila bertanya kan tentang Isu Kalimah Allah sekiranya disentuh dari sisi pandang Mat Rempit…


Kalau yg kaki bola pulak…

“ diorang ni tahu berebut piala je…piala liga lah, piala eropah lah…asia lah…World Cup 2010!


Ntah la,macam-macam ada yg respon…

Percayalah…

Hakikatnya Mat Rempit, Mat Bola dan Mat-mat yg lain ni pun sebenarnya ada kesedaran dalam hal ini..

Justeru, SATU PERSOALAN?


mana pergi mereka yg bergelar Mahasiswa…bahkan lagi dari bahagian pengajian ISLAM…

Dalam menyedari hakikat inilah, saya menyeru seluruh rakan-rakan terutamanya dari APIUM ( Akademi Pengajian Islam Uni Malaya ) untuk sama-sama memberikan penjelasan tentang isu ini.


Tak payah pun sebenarnya..tinggal cuma nak mula!


Kerana tertarik dengan apa yg disentuh oleh Brother Shah Kirit semasa beliau menjadi panel Forum Kalimah Allah anjuran bersama PMIUM dan Free public forum… “kenapa tidak kita semua mengambil peluang dakwah sebesar-besarnya dalam isu ini untuk menerangkan tentang Islam yang sebenar bagaimana…”


Ayuh kita kongsikan apa yg ada ini!


Di sini ade beberapa link yg boleh saya sarankan untuk penelitian.


http://drmaza.com/home/?p=963


http://drmaza.com/home/?p=566