Tuesday, March 30, 2010

AGM PMIUM 2010

HADIR UNTUK PERUBAHAN!

Friday, March 26, 2010

Lagi Pilihanraya!


Anggota Parlimen Hulu Selangor Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras,Kajang, kira-kira 9.27 malam Khamis akibat barah otak, demikian menurut adiknya Md. Hambali Ahmad.

Zainal Abidin, 71, meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Beliau memenangi kawasan Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum Mac 2008 di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor ketika dalam UMNO.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, Zainal pernah menjawat jawatan exco negeri, antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam UMNO, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan UMNO Cheras (1987) serta pernah mengetuai UMNO Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Zainal turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam UMNO, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Sementara itu, anak kedua allahyarham Azri Zin, 36, berkata ayah sempat meninggalkan pelbagai pesan dan nasihat kepada anak-anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Tiga lagi anaknya ialah Azura, 37, Aznizah, 29 dan Azizah, 25.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau kehilangan seorang rakan seperjuangan yang sanggup mengambil risiko bersama-sama PKR dalam keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

"PKR bersedih atas kehilangan ahli akademik ini dan takziah kepada keluarga," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi rumah allayarham.

Jenazah dijangka disembahyangkan di Masjid Batu 10, Cheras, di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9, Cheras, kira-kira pukul 11 pagi esok.

-- BERNAMA

Dengan kematian ini bermakna pilihan raya kecil ke 10 akan diadakan  dalam masa 60 hari.

Thursday, March 25, 2010

Pilihanraya Kecil Lagi!


PUTRAJAYA 24 Mac - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Titi Tinggi, Perlis tidak kosong dan penyandangnya, Yip Sun Onn masih anggota DUN yang sah, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Abdul Aziz berkata, setakat ini SPR belum lagi menerima sebarang surat rasmi mengenai peletakan jawatan Sun Onn daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Yazid Mat.
"Walaupun Speaker sudah sahkan terima surat itu tetapi selagi SPR tidak menerima sebarang surat rasmi, kerusi DUN itu tidak kosong dan hanya SPR sahaja yang boleh memaklumkan mengenai sebarang kekosongan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ditanya berapa lama Speaker boleh memegang surat peletakan jawatan itu, Abdul Aziz berkata, tempoh masa bagi Speaker boleh memegang surat itu tiada dalam undang-undang.
"Itu semua terpulang kepada urusan Speaker dan anak buahnya," katanya.

Semalam, Speaker DUN negeri itu, mengesahkan menerima surat peletakan jawatan daripada Sun Onn yang juga Naib Ketua MCA bahagian Padang Besar pukul 3 petang dua hari lepas dan menasihatkannya supaya mempertimbangkan keputusan itu.

Sub Onn, 52, dikatakan kecewa kerana tidak dilantik semula sebagai anggota Exco kerajaan negeri yang disandangnya sejak dua tahun lalu apabila namanya tidak disenaraikan dalam majlis mengangkat sumpah di Istana Arau, Jumaat lalu.

Sebaliknya ADUN kawasan Indera Kayangan, Dr. Por Choo Chor dilantik ke jawatan itu dan mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. - BERNAMA

Saya benar-benar ternanti-nanti suatu keputusan yang akan menguji Keampuhan Benteng Pakatan Rakyat dan Kebobrokan Parti Pemerintah justeru secara langsung dibawah penghakiman kuasa tertinggi iaitu suara rakyat, Suara Harapan Suara Perubahan!

Monday, March 22, 2010

Bersiap Siaga!

Kalau saya bertanyakan kepada semua, anda bersedia untuk menjadi Perdana Menteri..?? atau seorang Menteri ?? Atau seorang Kiyai yang gelarannya sangat terkenal buat mereka yang pernah menonton filem KCB ?? atau cukup sebagai seorang ketua keluarga??

Persoalannya hari ini, golongan mahasiswa yang saya maksudkan di sini bersediakah untuk memenuhi keperluan ini untuk masa mendatang. Lagi jelas yang paling fokus adalah Kepimpinan. Bersediakah bakal-bakal pengganti sekalian?

 

Yang bakal bergelar Daie ? Murabbi ? warga pendidik ? Ataupun tiba-tiba Malaysia dijajah buat kali kedua secara ketenteraan, bersedia untuk menjadi prajurit yang setia mempertahankan negara ?
Persoalan ini saya kembalikan buat semua dan saya juga!

Tak mudah nak bersedia untuk semua itu,  tapi paling tidak saya menyeru ke arah itu. Bakal Ustaz perlu faham konsep bersosial cara Islami. Bakal Ustazah pun tahu cara berhibur yang bagaimana lebih realistik untuk anak muda hari ini. Bakal-bakal pemimpin perlu cekap menanggapi semua permasalahan yang timbul terkadang tidak mampu di duga. Mulanya di kampus! Ya,mulalah berfikir sekarang!

Kadang-kadang kita ini hanya pandai menghalang melarang dan berkata tidak boleh sedangkan inisiatifnya tiada. Bahkan tidak terlintas difikiran! Jangan hanya pandai melarang orang menghampiri zina tetapi tidak tahu bagaimana cinta yang suci boleh berputik!

Saya ingin mengajak saudara untuk merenung Firman-Nya..Ayat ini dipetik dari Surah Al-Anfal :-

60. Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya ; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).

Justeru siap dan sedialah untuk kembalikan Islam ke hadapan!

Payahkan banyak berfikir mudahkan tindakan!

Wednesday, March 17, 2010

Kembali Kepada Jiwa Yang Suci


Saya tertarik untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sedang saya cuba untuk menghabiskan bacaan Siri Kitab Syarah Al-Hikam karya asal ibn Athaillah yang diterjemah dan disyarah oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Kitab ini sangat dekat buat mereka yang mendambakan kesucian hati. AllahuAkbar! Allah jualah yang mensucikan hati hamba-hambaNya...

Mahu memetik satu ungkapan yang cukup menyirat makna!
Kata seorang ahli hikmah ;-

 '' Keadaan dunia ini semuanya ajaib, tetapi aku merasa hairan terhadap anak Adam yang boleh tertipu dalam lima perkara ;

Pertama, Aku hairan orang yang mempunyai kelebihan dunia kenapa tidak digunakannya untuk keperluan hidupnya.

Kedua, Aku hairan orang yang pandai berbicara kenapa masih menurutkan hawa nafsu serta mengabaikan peringatan Allah SWT dan lalai dari membaca Al-Quran.


Ketiga, Aku hairan kenapa orang yang sihat kenapa tidak berpuasa setiap bulan tiga hari.

Keempat, Aku hairan orang yang selalu tidur hingga pagi kenapa tidak solat dua rakaat waktu malam untuk mendapat pahala.

Kelima, Aku hairan orang yang berani melanggar perintah Allah SWT, kenapa tidak memikirkan akibatnya."

Al-Faqir ila Allah...muhasabah!

Wednesday, March 10, 2010

Buat Mahasiswa!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan kita Muhammad,
juga buat keluarga dan para sahabat baginda.

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti
dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran
sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan
di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). Oleh itu, orangorang
yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini,
maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang
khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan
menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa
kepadaNya. (Al-Nisa’: 174-175)

Mari Beramal

Saudara sekalian,

Setiap kali saya berada di hadapan sidang hadirin yang mendengar ini, saya
memohon kepada Allah semoga hari di mana kita beralih daripada medan bercakap
kepada medan bekerja, medan mengatur strategi dan kaedah kepada medan
melaksana dan mempraktikkan itu akan semakin hampir. Sudah sekian lama kita
habiskan masa kita berucap dan bercakap. Masa menuntut kita supaya segera
melangkah ke arah kerja yang serius dan produktif. Seluruh aspek di dunia ini
bergantung kepada aspek kekuatan dan kesiap siagaan sedangkan kita masih dalam
dunia bercakap dan berkhayal.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang
kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu
memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam
barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun
kukuh. (Al-Saf: 2-4)

Saudara sekalian,

Ikhwan mengutarakan kepada saudara tentang betapa sempurnanya Islam ini.
Islam mencakupi seluruh aspek hidup manusia, baik bangsa yang sedang
membangun atau bangsa yang sudah stabil atau bangsa yang mengejar
kesempurnaan. Ada sesetengah Ikhwan yang mengemukakan pandangan Islam
terhadap semangat patriotisme. Justeru saudara memahami bahawa patriotisme
Islam lebih luas sempadannya, lebih menyeluruh dan lebih abadi. Walaupun
sefanatik mana sekalipun seseorang itu dengan negara dan bangsanya, namun dia
tetap tidak dapat menandingi semangat patriotisme yang ada pada diri seorang
mukmin. Saya tidak mahu huraikan perkara ini kerana ia telah dihuraikan dengan
panjang lebar. Di sini saya hanya ingin menyentuh satu perkara yang masih disalah
erti oleh masyarakat menyebabkan mereka banyak melakukan kesilapan akibat
kekeliruan ini. Masalah yang saya maksudkan ialah masalah Islam dan politik.

Agama Dan Politik

Jarang sekali anda bertemu dengan seseorang yang tidak memisahkan antara
politik dan Islam apabila dia memperkatakannya. Kedua-dua perkara akan
diletakkan di tempat yang berasingan. Bagi sesetengah masyarakat, kedua-dua
perkara ini tidak boleh bersama. Oleh kerana itu dinamakan sesebuah pertubuhan
sebagai pertubuhan Islam dan bukannya pertubuhan politik atau perhimpunan ini
satu perhimpunan agama bukannya perhimpunan politik. Anda juga boleh lihat
perlembagaan pertubuhan-pertubuhan Islam ada mencatatkan: “Pertubuhan ini
tidak terlibat dengan soal politik.”

Sebelum saya bincangkan perkara ini dengan lebih mendalam ingin saya bawa
saudara melihat dua perkara penting:

Pertama: Wujud perbezaan antara amalan kepartian dan politik. Adakala
kedua aspek ini seiringan dan adakalanya tidak. Adakala seorang lelaki itu
berpolitik dengan ertikata yang sebenar tetapi dia bukan menjadi ahli mana-mana
parti. Adakalanya seorang lelaki itu menjadi ahli parti tetapi dia tidak tahu menahu
soal politik. Mungkin ada yang menggabungkan kedua-duanya sekali. Dengan itu
dia menjadi ahli politik yang berparti atau ahli parti yang berpolitik. Apabila saya
berbicara tentang politik, saya merujuk kepada ertikata politik yang mutlak iaitu
mengambil berat soal dalaman dan luaran ummah tanpa terikat dengan mana-mana
parti.
Kedua: Apabila kalangan yang bukan Islam jahil tentang Islam atau apabila
mereka tidak menyedari bahawa Islam tertanam teguh dalam jiwa penganutnya,
mantap di dalam hati orang yang mengimaninya, dan setiap muslim bersedia
mengorbankan jiwa dan harta mereka demi Islam, maka mereka tidak akan cuba
menyentuh sensitiviti umat Islam dengan cara mengkritik nama Islam atau
penampilan Islam. Sebaliknya mereka akan cuba mengecilkan ruang lingkup Islam
dalam ruang yang sempit dengan mengenepikan segala aspek yang mengandungi
unsur kekuatan dan tindakan. Mereka akan membiarkan umat Islam hanya tinggal
kulit, hanya tinggal nama, rupa dan penampilan sahaja. Mereka mengajar umat
Islam bahawa Islam satu perkara dan sosial satu perkara. Islam lain undangundang
lain. Islam lain dan masalah ekonomi satu perkara yang lain. Islam lain dan
pengetahuan am adalah suatu perkara yang lain. Islam perlu diletakkan jauh
daripada aspek politik.

Saudara, katakan kepada saya, jika Islam ini bukan politik, bukan sosial,
bukan ekonomi dan bukan ilmu pengetahuan jadi Islam ini apa? Adakah Islam ini
hanya rakaat-rakaat yang dilakukan dengan hati yang kosong atau hanya sekadar
lafaz umpama kata-kata Rabi‘ah al-Adawiyah: “Istighfar yang memerlukan kepada
istighfar.” Saudara adakah hanya kerana ini al-Quran perlu turun membawa suatu
sistem yang lengkap.

Menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa
rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam. (An-Nahl:
89)

Nilai Islam yang amat terhad inilah yang diinginkan oleh musuh Islam agar
diamalkan oleh umat Islam. Mereka mahu mempermainkan umat Islam apabila
mereka berkata kepada umat Islam, kami telah berikan kamu kebebasan beragama.
Perlembagaan kamu juga telah mencatatkan bahawa agama rasmi negara adalah
agama Islam.

Islam Yang Syumul

Saudara, di sini ingin saya tegaskan bahawa Islam berbeza sama sekali dengan
ertikata sempit yang cuba ditonjolkan oleh musuh Islam. Sebaliknya, Islam
merangkumi akidah dan ibadah, negara dan bangsa, toleransi dan kuasa, rohani dan
jasmani, pengetahuan dan undang-undang. Pegangan Islam yang ada pada seorang
muslim menuntut dia mengambil berat masalah umat Islam. Orang yang tidak
pernah mengambil berat masalah umat Islam tidak dianggap sebagai orang Islam.
Saya yakin, asas inilah yang difahami oleh generasi silam yang diredai Allah.
Asas inilah yang menjadi panduan mereka. Asas inilah yang menjadi landasan
perjuangan mereka. Atas asas inilah mereka melakukan segala urusan mereka.
Dengan berpandukan asas inilah juga mereka jalankan segala urusan dunia mereka
di samping urusan akhirat mereka. Semoga Allah merahmati khalifah pertama yang
berkata: “Jika saya kehilangan seutas tali unta nescaya saya akan temuinya dalam
kitab Allah.”

Setelah saya letakkan garis panduan am tentang Islam yang syumul dan politik
yang terpisah daripada amalan kepartian, kini dengan tegas ingin saya nyatakan di
sini seorang muslim tidak akan memiliki Islam yang sempurna kecuali apabila dia
menjadi seorang ahli politik. Apabila dia meninjau segala masalah umatnya. Apabila
dia mengambil berat tentang nasib mereka dan peka dengan segala masalah
mereka. Saya juga ingin jelaskan di sini bahawa segala batasan dan pemisahan yang
wujud kini adalah suatu yang tidak dapat diterima oleh Islam. Setiap pertubuhan
Islam perlu meletakkan aspek politik umat Islam sebagai agenda utama mereka.
Jika tidak mereka perlu menilai semula fahaman mereka tentang Islam.
Saudara, izinkan saya untuk berbicara lebih lanjut mengenai perkara ini yang
kini kelihatan agak asing di kalangan pihak yang sudah biasa mendengar suarasuara
yang memisahkan antara Islam dan politik. Mudah-mudahan selepas kita
meninggalkan majlis ini nanti tiada hadirin yang akan berkata: Jamaah Ikhwan al-
Muslimin telah menggadaikan prinsip mereka dan mereka telah menyimpang
daripada identiti asal mereka. Mereka kini adalah pertubuhan politik bukan lagi
pertubuhan agama. Seterusnya masing-masing akan cuba memberikan pandangan
masing-masing tentang sebab berlakunya perubahan ini.
Tuan-tuan, ketahuilah bahawa tidak pernah walau sehari pun Ikhwan bukan
ahli politik dan tidak pernah walau sehari pun Ikhwan bukan orang Islam. Dakwah
mereka tidak pernah memisahkan antara politik dan agama. Mereka juga tidak
pernah dilihat sebagai ahli mana-mana parti walau sesaatpun.

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling
daripadanya sambil berkata: Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal
kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orangorang
yang jahil. (Al-Qasas: 55)

Mustahil mereka menyimpang daripada matlamat mereka atau bekerja untuk
agenda yang lain selain agenda mereka atau mereka mencerminkan identiti lain
selain identiti Islam yang suci ini.

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah
sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan
kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada
Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat. (Al-
Baqarah: 138)

Politik Dalam Negeri

Saudara, izinkan saya huraikan dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini.
Pada saya, jika apa yang dimaksudkan dengan politik ialah mengendalikan urusan
kerajaan, memperjelaskan peranan, hak dan tanggungjawab kerajaan,
memerhatikan setiap tindakan pemerintah agar apabila mereka melakukan yang
baik mereka boleh ditaati dan apabila mereka melakukan kesilapan mereka boleh
dikritik. Islam memberi tumpuan kepada perkara ini dan Islam telah menggariskan
beberapa dasar dan asas dalam masalah ini. Islam menjelaskan hak-hak pemerintah
dan rakyat.

Islam menjelaskan kedudukan orang yang zalim dan yang dizalimi.
Islam menggariskan sempadan untuk setiap perkara agar ia tidak dicerobohi.
Perlembagaan, undang-undang sivil, undang-undang jenayah dan segala
perkara yang berkaitan telah disentuh oleh Islam. Islam adalah sumber rujukan
utama dan unggul dalam perkara ini. Islam bertindak menggariskan asas, kaedah
am dan objektif kepada undang-undang ini. Seterusnya Islam mewajibkan manusia
supaya melaksanakannya. Namun Islam telah menyerahkan kepada manusia segala
aspek perincian dan huraian kepada undang-undang ini supaya mereka dapat
melaksanakannya menurut kesesuaian zaman dan keadaan mereka. Mereka boleh
berijtihad menentukan apa yang baik menurut ijtihad mereka.
Islam telah mengiktiraf dan mengakui kuasa rakyat.

Islam mewajibkan setiap muslim supaya memerhatikan setiap tindak-tanduk kerajaan mereka.
Mereka perlu memberikan nasihat, bantuan dan membahaskan tentang perbelanjaan yang
dilakukan oleh kerajaan. Islam mewajibkan pemerintah supaya mengutamakan
kepentingan rakyat dengan memberikan keadilan kepada yang berhak dan
menghukum sesiapa yang bersalah. Islam juga mewajibkan rakyat supaya taat setia
kepada pemerintah selama mana pemerintah berada pada jalan yang betul. Jika
pemerintah didapati menyeleweng, rakyat perlu memperbetulkannya supaya
pemerintah sentiasa berada pada jalan yang betul. Rakyat perlu memastikan
pemerintah sentiasa berada dalam batas undang-undang dan mengembalikannya ke
landasan yang benar. Semua ini ada dinyatakan oleh kitab Allah dan hadis-hadis
Rasulullah s.a.w., bukan kita reka atau ada-adakan. Cuba sidang hadirin perhatikan
firman Allah Taala:

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan
membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah
diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka
jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak
hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang
kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami
jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh
masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu
satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji
kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu
berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh).
Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan
memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. Dan hendaklah
engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu
hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka
berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya
Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka;
dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang
fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum
jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada
sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. (Al-
Maidah: 48-50)

Terdapat berpuluh-puluh lagi ayat al-Quran al-Karim yang menyentuh secara
jelas perkara yang saya sebutkan ini.
Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda tentang kuasa rakyat dan tentang
suara ramai. Baginda bersabda:


“Agama itu nasihat. Sahabat bertanya: Untuk siapa, wahai Rasulullah?
Baginda bersabda: Untuk Allah, rasulNya, kitabNya, para pemerintah dan
rakyat Islam.”

“Pemimpin para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dan juga lelaki
yang bangun berhadapan dengan pemerintah yang zalim, dia menyuruh
(melakukan kebaikan) dan melarang pemerintah ini (melakukan kejahatan)
lalu pemerintah ini membunuhnya.”

Ada beratus-ratus lagi hadis yang menghuraikan perkara ini dan mewajibkan
umat Islam supaya menyuruh manusia melakukan kebaikan dan melarang manusia
melakukan kejahatan. Mereka perlu mengawasi pemerintah mereka, sejauhmana
pemerintah menghormati kebenaran dan melaksanakan perintah Allah.

Adakah apabila Rasulullah s.a.w. menyuruh umat Islam supaya campur tangan
atau mengawasi atau memberi nasihat atau segala-galanya ini, apabila baginda
menggalakkan perkara ini dan menegaskan bahawa amalan ini adalah sebahagian
amalan agama dan perkara ini merupakan jihad yang paling besar dan ganjaran
bagi perkara ini ialah mati syahid yang paling mulia, adakah ini bermakna baginda
telah melanggar ajaran Islam di mana baginda telah mencampur adukkan politik
dengan agama. Ataupun inilah sebenarnya budaya Islam yang telah dibawa oleh
Nabi s.a.w. daripada Allah. Jadi apabila kita mengenepikan perkara ini daripada
Islam kita sebenarnya mahu Islam mengikut citarasa kita sendiri bukan Islam yang
dibawa oleh Rasulullah s.a.w. daripada Tuhannya.

Ertikata yang luas kepada Islam yang sebenar ini tertanam kukuh dalam diri
generasi silam yang soleh. Nilai ini tertanam dalam roh serta akal mereka. Ia
diamalkan dalam setiap sudut hidup mereka yang bebas merdeka, sebelum muncul
Islam hasil ciptaan penjajah ini.

Saudara, atas dasar inilah para sahabat Rasulullah s.a.w. berbicara soal politik.
Mereka berjuang demi menegakkan kebenaran. Mereka memikul masalah politik
umat Islam. Mereka menampilkan diri mereka sebagai “rahib di malam hari dan
pejuang di siang hari”. Malah Ummu Mukminin, Aisyah sendiri berucap di hadapan
orang ramai mengenai isu politik dan menghuraikan soal kerajaan dengan huraian
yang menarik dan hujah yang jitu. Atas dasar yang sama satu pasukan yang
menentang al-Hajjaj, di bawah pimpinan Ibnu al-Ash`ath telah dinamakan sebagai
briged fuqaha’ kerana pasukan ini disertai oleh Sa`id bin Jabir, Amir al-Sha’bi dan
para tabiin serta ulama besar yang lain.

Kita dapat lihat begitu banyak contoh para ulama yang diredai Allah yang
memberi nasihat kepada raja dan pemerintah supaya para pemerintah sentiasa
berpegang kepada kebenaran. Contoh-contoh ini terlalu banyak untuk dimuatkan di
sini walaupun sebahagiannya apatah lagi kesemuanya.


Atas dasar ini juga banyak buku-buku fikah Islam daripada dahulu hingga
sekarang dipenuhi dengan hukum-hukum berkenaan pemerintahan, penghakiman,
pengakuan, pendakwaan, jual beli, urusniaga, hukum hudud dan takzir. Semua ini
membawa maksud Islam mengandungi hukum-hukum amali dan rohani. Jika
hukum-hukum ini diakui oleh kuasa legislatif ia bermakna hukum-hukum ini perlu
dipelihara dan dilaksanakan oleh kuasa eksekutif dan kehakiman. Tiada guna
khatib berucap setiap Jumaat di atas mimbar:

Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi
nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari
perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya. (Al-Maidah: 90)

Dalam masa yang sama ada undang-undang membenarkan minuman yang
memabukkan ini. Malah pihak berkuasa menjaga keselamatan mereka yang mabuk
dan menghantar mereka hingga ke rumah dengan selamat. Oleh itu, ajaran al-
Quran tidak dapat dipisahkan dengan kuasa. Atas dasar ini juga politik dan
kerajaan adalah sebahagian daripada agama. Orang Islam diwajibkan memberikan
tumpuan kepada aspek kerajaan sama seperti tumpuan yang diberikan kepada
aspek rohani.

Inilah pendirian Islam tentang politik dalam negara!

Ucapan Ini Disampaikan Sempena Perhimpunan Mahasiswa Ikhwan Al-
Muslimin Pada Bulan Muharram Tahun 1357 Hjrah oleh As Syahid Imam Hasan Al-Banna

Thursday, March 4, 2010

7 Most Amazing!

First is Al-Quran !



Second is Al-Hadith !

Third is As-Seerah !




Forth is Du'a !



Fifth is As-Solah !




Sixth is Azan !



Seventh is As-Syahid Fi Sabilillah...!


This is just about my little opinion.... 
What about your opinion??
                                                                                                                        to be continue...